" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".


Oct 8, 2009

Panduan asas penyimpanan susu ibu

Panduan Menyimpan EBM

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

* Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam

* Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

* Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari

* Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas
dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas,
contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas

* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk
membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih
dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu
tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya
lebih stabil dan malar

* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan
mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk


Sumber: www.momschoice.com.my/blog



No comments:

Post a Comment