1. Susu ibu mengandungi antibodi - Kolustrum yang di keluarkan dari susu ibu mengandungi antibodi dalam menentang bakteria. Ia dapat menahan bayi anda dari ancaman penyakit lebih-lebih lagi sekarang ini macam-macam penyakit yand dulu jarang-jarang di hidapi oleh rakyat di Malaysia ( sebab itulah susu kolustrum yang banyak di jual dalam bisnes MLM sangat popular ).
2. Menyusukan bayi mempercepatkan proses pengecutan rahim.- Semakin aktif anda menyusukan bayi anda, semakin cepat rahim anda mengecut. Anda selalunya akan rasa kurang selesa jika rahim masih besar dan tidak mengecut.
3. Meransang pengeluaran susu dengan lebih banyak.-Susu ibu akan keluar dengan lebih banyak jika anda menyusukan bayi anda.Ini bermakna anda tak perlu bergantung pada susu tepung kerana ada ada susu tepung ( kebanyakannya susu lembu ) yang kurang sesuai dengan bayi menyebabkan mereka alah ( bayi asyik muntah ).
4. Merapatkan hubungan ibu dan anak- Tahukah anda bayi anda akan terasa di sayangi dan selamat setiap kali anda mendakapnya ketika menyusukan mereka ( bau anda juga mereka kenal ). Hubungan anda dan bayi juga akan lebih rapat .
Selain daripada kebaikan di atas anda bukan saja dapat menjimatkan wang( sebab tak perlu beli susu tepung yang bukan saja kurang selamat sekarang ini) malah tak perlu pula bawa botol susu kemana saja anda pergi kerana segalanya telah tersedia !
Sumber
Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".
Oct 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment