" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".


Feb 3, 2010

stok update

30 sept 2009 --> 13 x 4oz
15 okt 2009 --> 27 x 4oz
30 okt 2009 --> 66 x 4oz
16 nov 2009 --> 80 x 4oz
30 nov 2009 --> 111 x 4oz
15 dis 2009 --> 142 x 4 oz
31 dis 2009 --> 175 x 4 0z
15 jan 2010 --> 180 x 4 oz
31 jan 2010 --> 157 x 4 oz


makin susut nampak nya stok susu saya....sebab nya...saya demam.....demam yg amat sangat sampai kan saya tak lalu nak makan dan minum.....semua yg lalu kat tekak....semua nya rasa pahit....

sampai hari ke3.....saya rasa B saya macam tak cukup susu untuk si kecik itu....dan akhirnya.....berguna jugak stok susu saya.....setiap hari....saya akan guna 3 ke 4 botol sepanjang seminggu saya demam.....

walaupun dah 2 hari saya mula kerja....susu yg di pam...masih belum mampu utk menampung keperluan harian nya.....nampaknya...saya masih terpaksa guna stok tanpa berganti.....

insyaallah...moga minggu depan badan saya akan re-cover sepenuhnya dan stok saya boleh diganti semula....

mungkin ALLAH dengar permintaan saya yg risaukan stok susu tak berapa bergerak....dan sudahnya....semua stok bulan 10 habis digunakan masa saya demam....

target saya utk capai 200 stok akhir jan nampaknya tak tercapai...moga dapat capai hujung feb ni atau pun selewat2nya akhir mac.....insyaallah....




No comments:

Post a Comment