" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".


Jun 15, 2011

mama's give away...:)

hai hai hai.....

makin bersawang blog ni.....rasa macam nak menulis balik....:)

oke....bulan 7 merupakan bulan kelahiran keluarga saya.....my abah 5/7, mine 15/7, my father in law 19/7, my sista 27/7 and my lovely baby girl 31/7...:)

sempena kedatangan bulai julai yang ditunggu2...saya nak buat give away....ada 2 wetbag utk kegunaan letak cloth diaper......dan baaannyyyaakkk fridge magnet...:)....yg kat dalam gambar tu sebahagian jer...:)......



syarat2 nyer sangat mudah...;)...bantu saya utk like gambar kat contest yg saya join...:).....kalau saya menang....secara tak langsung anda telah hadiahkan saya dan anak saya hadiah besday...:)

1. klik like pada page snowdrop -- > https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2170842270255&set=o.135399436488971&type=1&theater#!/baby.snowdrop

2. klik like pada gambar kami --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2170842270255&set=o.135399436488971&type=1&theater

hanya like gambar kami sahaja yer....;)

bila dah selesai....
emelkan saya maklumat diri anda : alamat emel, alamat blog dan nama facebook anda ke muzzmama@gmail.com dengan tajuk : giveaway

jika anda letakkan giveaway ini di blog anda serta link kan semula ke sini (1penyertaan) dan buat sticky note hingga 30 jun (1 penyertaan)....anda akan dapat 3 penyertaan yang bermakna anda boleh dapat 3HADIAH...:)...yeay!

so.....kawan2.....cepat2........mari2 join...hadiah akan terus ditambah nnt...:)



Feb 27, 2011

Bamboolite & Sayang Baby Ibu Giveaway

Bamboolite & Sayang Baby Ibu Giveaway
Double Celebration from Bamboolite & Sayang Baby Ibu in February!!


Bamboolite & Sayang Baby Ibu Giveaway
14 February - 28 February 2011



Prizes:

Grand Prize: 1pc CM-TrueFit Bamboo Fitted diaper + 1pc Printed Fleece Cover (worth RM107)
2nd Prize: 1pc CM-TrueFit Printed PUL Lite diaper (worth RM59)
3rd Prize:1pc CM-TrueFit PUL Lite diaper (worth RM54)
4th Prize: 1pc Hybrid Insert (worth RM14)

Note:
- PUL Lite/Printed PUL Lite diaper comes with existing Hybrid Insert(3microfibre+1bamboo fleece)
- Hybrid Insert is the existing Hybrid Insert(3microfibre+1bamboo fleece)
- Print/Color/Closure of the prize will be decided by BambooLite.


How To Win:

Please either leave your email in your post or make sure you have your current email linked to your profile or I won't be able to contact you.
*Please actually do what you say... I will check every entry to make sure!*

Mandatory Entries (wajib buat untuk layak jadi peserta):

* Become a fan of Bamboolite on Facebook -- DONE
* Become a fan of Sayang Baby Ibu on Facebook -- DONE
* Visit Sayang Baby Ibu and tell me a favorite or wishlist item. -- DONE * You MUST also be a follower of 'Super Dooper Kawaii Mommy & Lil' Ones' on Google Friend Connect (GFC) a.k.a Geng Bas Pink and Networked Blogs (right top the blog). -- DONE

Please leave one (1) comment saying you have done ALL of these things - Leave an email address where you can be reached and your nickname FB, GFC and Networked Blogs, your favorite/wishlist item. -- DONE

Bonus Entries (untuk dapat markah extra):

(Sila tinggalkan komen bg setiap entry yang anda buat. Contoh anda buat 3 entry, tinggalkan 3 komen berasingan bg setiap entry, pastikan setiap komen anda disertai emel, Lebih banyak entry anda buat, lebih byk peluang untuk Menang!)

* Blog about this giveaway, blog post linking to this post and leave a direct link to it! (1 entry) -- done
* Grab my blog button and place it on your blog. Leave a comment where i can find it.(1 entry) -- done
* Grab my store button and place it on your blog. Leave a comment where i can find it.(1 entry) -- done
* Get Creative: Post about this giveaway on a messageboard or forum. Leave a comment with a link.(1 entry)
* Click “Share” (top right on this post) and share this giveaway on your Facebook page. Leave a comment with link and FB nickname.(1 entry) - done
* Click "Like" ( bottom of this post) and Leave a comment with your FB nickname.(1 entry) -- done
* Send and e-mail to your friend(s) about this giveaway, subject: "Bamboolite & Sayang Baby Ibu Giveaway" and CC me sbi_nurulzms@yahoo.com. Leave a comment with your email add.(1 entry) -- done


Oct 14, 2010

reverse cycling

sian nya umah kedua saya ni....lama sungguh tak ber update...bersawang sudah......takde benda nak story mory...baik dok dendiam kan?....;)

nak kata bz di umah utama....tak juga.....mungkin mood ber bloging skang agak ke laut...tak taulah nape....

hmmm...back to the topic.....anak dara saya...since last friday...takmo langsung nyusu pakai botol...masa amek dia jumaat tu...teacher dia cakap...dia langsung takmo nyusu....cuak lah jugak....dah lah sayang tengok susu yang tak abis dengan keadaan collection yang amat merudum skang.....sangat sedeh oke.....

masa weekend aritu....elok jer dia nyusu sakan ngan saya....isnin saya cuti....so..selasa ngan semlm....camtu gak...dia takmo gak nyusu botol....tp bekalan susu nyer saya sukat kurang dari biasa siap2...sayang oooo kalau terbuang....selalu letak 4 oz....saya letak 2 oz jer...tak lah ralat sangat...

arini mak saya jaga.....so td pesan....kot2 lah dia taknak botol kan...suh mak try bg guna straw....sama gak...dia taknak.....hmmm...klu dia nak....mama nyer dah ngidam nak belikan botol ni....

comelkan?....tp dia taknak...nak wat camner.....selamat duit mama...;)

saya rasa dia sedang melalui mode reverse-cycling....mlm2 or bila2 ader ngan saya....memang nyusu jer keje nyer...sampai kadang rasa sakit pinggang sangat....huhuhuhu...tp bila pk dia tak nyusu siang.....ikut kan jer lah kemahuan dia kan....kang sian pulak tak cukup zat....

cuma nyer.....skang bila dia takmo nyusu...saya bekalkan lebih makan lah....untuk ganti sesi menyusu nyer itu....mujurlah dia nak minum air masak...klu tak....risau gak.....

jgn lah drop berat badan nyer....klu tak...jenuh lah kena bebel check-up ujung bulan ni.....


Aug 13, 2010

Wanita Menyusukan Anak Berpuasa

Artikel ni saya copy paste dari Dunia susu ibu


Sumber: Abul Harith (2008). Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding). fiqhmedic.wordpress.com. 15 September.

Soalan : Assalamu’alaikum, Saya nak bertanya tentang rukhsah untuk wanita berpuasa. Sesetengah orang seolah tidak bersetuju jika wanita yang menyusukan anak berbuka puasa kerana supply susu badan (yang diperah) tidak mencukupi untuk bayi kerana letih berpuasa.

Satu lagi, apakah yang dikatakan mudarat bagi wanita menyusukan anak ini? Adakah BP rendah, tak cukup susu, letih yg teramat, menggigil dikira sebagai mudarat yang membolehkan rukhsah? Adakah benar tindakan ibu-ibu ini dari segi hukum rukhsahnya?

Terima kasih.

Jawapan oleh Abul Harith:


Wassalam & terima kasih Team Ratuhati.com.

Mengenai rukhsah untuk wanita hamil yang menyusukan anak berbuka puasa, ianya telah pun jelas melalui hadith artikel di atas.

http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/kemudahan-dan-keringanan-ketika-berpuasa/

Ia dibenarkan andai dikhuatiri kesihatan ibu dan bayi terjejas kerana itu. Dari pengamatan saya, terdapat beberapa keadaan di mana puasa memberi kesan kepada wanita tersebut.

Pertama ialah dehidrasi. Antara komplikasi utama yang membolehkan wanita menyusukan anak berbuka puasa adalah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Tanda-tanda yang puan nyatakan seperti tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang teruk adalah berpunca dari dehidrasi. Apabila terdapat gejala sebegini, maka dibenarkan berbuka.

Kekurangan susu pula adalah akibat dari dehidrasi yang teruk. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan puasa di bulan Ramadhan tidak membawa kepada dehidrasi kepada ibu yang menyusukan anak. Kecuali apabila si ibu kurang menitik beratkan amalan sahur dan tidak meminum air yang cukup dalam selang waktu yang lama sebelum berpuasa.

Kedua ialah si ibu pengidap diabetes. Puasa boleh menjadi risiko kepada golongan ini. Diabetes mellitus menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi (hypeglycemia) sehingga menyebabkan rasa haus yang teruk dan kehilangan air melalui kencing yang kerap. Ia akan membawa kepada dehidrasi seperti yang telah diterangkan. Maka diharuskan baginya berbuka.

Ketiga adalah ibu yang mengandung pada usia lewat. Golongan ini kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit yang mungkin apabila usia telah meningkat. Masalah lain adalah ketidakseimbangan fungsi badan untuk mengawal glukos dalam darah. Ia akan membawa kepada haus dan lapar yang tiba-tiba (accelerated starvation).

Punca kurang susu ibu. Jika menurut kajian di atas, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahamidemand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.

Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa danbreastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskanpuasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawakekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

“Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract

Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi.Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.

Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.

Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini.

WaLLAHu A’lam. Wassalam.

Aug 1, 2010

mission terlaksana sudah....;)

last week hajat sebenar selain nak soping baju raya budak....saya nak carik fenugreek chocolate ni sebab nyer yg saya dok baca kat blog cakap...jual kat jusco jer...kat tmpt lain takdak..


mula nyer....dah punah harapan dah...naik juling mata saya ngan hubby carik kat tmpt yang jual minuman 3 in 1 tu...tapi tak jumpa...rupa2nya kat row belakang...dekat ngan tmpt yg jual oat....ni klu kat jusco equene lah yer...tmpt lain saya tak tau...;)...lg pun saya jarang sangat gi jusco ni....

dah jumpa...sekali rembat 5 kotak.....hahahhaha...budak SA tu pun macam muskil jer saya amek bnyk2....sekotak 11 hengget lebih utk 8 peket.....klu amek sepeket sehari tahan lah 40 hari....klu amek 2 peket....20 hari jerlah jawab nyer...;)

rasanyer?...bolehlah...tapi saya kena cairkan sket lah...taklelah nak buat 150ml air jer ngan sepeket tu...sangat pekat tu...

pastu terjumpa lak air longan dalam tin ni....

angkut terus 10 tin.....huhuhuhu....ngarut sungguh...persediaan utk puasa...;)...tinggal lom beli kurma jer lagik...

so harap2 nya....cukuplah bekalan susu utk bulan puasa ni dengan segala persediaan dah buat ni......


Jul 31, 2010

Gold Ribbon

alhamdulillah.....dah boleh collect gold ribbon.....next ribbon @18 months....jauh nyer lagi.....

mampukah?.....skang pun dah mula rasa sayup...:(



semoga dipermudahkan ALLAH semua usaha saya dan dimurahkan rezeki anak saya....

amin...


Jul 29, 2010

sudah mari....

dia sudah mari......dari last week susu sudah merudum sangat2....walaupun dah telan shaklee...huhuuhu.....sedeh oke.....

dah 2 hari gaklah saya dok angkut pam pegi n balik keje sbb nak cukupkan bekalan....3 kali pam utk dapatkan 2 botol.....lagi satu botol...guna stok...huhuhuhu....rasa nak nanges...

dah tu...puting kelukaan lagik.....setiap kali pam...konpem berdarah...

dah cam tragedi berulang pulak....masa muzzammil dulu...time2 umur nak masuk sethn gak...puting luka teruk.....pastu dia tak sampai hati tgk muka saya tahan sakit time dia nak nyusu.....terus dia takmo feeding ngan saya....terus benti bf...

so this time....saya sangat kontrol muka saya walaupun sangat sakit supaya kejadian sama tak berulang lagik....

cuma nya skang....saya ada standby stok yg sangat bnyk compare time muzzamil dulu.....stok adalah zero....

moga ALLAH permudah kan segalanya sehingga ke usia 2 thn....lagi bbrp hari saya dah leh gi amek ribbon utk 1 thn lak....:)))


Jul 15, 2010

usaha usaha usaha.....

puasa dah nak dekat....

pengeluaran susu pulak tak berapa nak cantik....

usaha kena ada...tak boleh nak berharap tanpa usaha....

maka.....set shaklee menjadi pilihan...:))))


moga usaha dilimpahi kejayaan...

lagipun....pola pemakanan yg tak menentu....memerlukan saya top up dengan vitamin...

klu beli tiap2 bulan trial pack....RM80....tp bila beli sekali camni.....sebulan punya belanja...tak sampai pun RM50...pastu berlebih lagik....cam alfalfa tu...ade 330bijik.....dekat setahun punya supply tu.....so...3 ke 4 bulan sekali....leh lah beli yg lain2 pulak....