" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".


Apr 13, 2010

best nyer dapat majikan yang memahami

Sumber : Utusan Malaysia

ATSB sediakan bilik penyusuan bayi untuk pekerja

SHAH ALAM 24 Mac - Sebagai menunaikan tanggungjawab sosial kepada kakitangannya, syarikat Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd., (ATSB) yang beroperasi di Glenmarie di sini mewujudkan bilik penyusuan bayi.

Ia bertujuan memudahkan kakitangan wanitanya memberi susu ibu kepada anak-anak mereka pada waktu rehat.

Pelancaran bilik tersebut telah dilakukan oleh Naib Presidan Kanan Bahagian Sistem Angkasa ATSB, Norhizam Hamzah bersama Pengasas susuibu.com, Nor Kamariah Mohammad Alwi di sini semalam.

Menurut Norhizam, bilik berkenaan bakal digunakan kakitangan syarikat itu sebagai tempat bagi meneruskan penyusuan susu ibu terutama kakitangan yang baru balik dari cuti bersalin.

Beliau memberitahu, langkah itu merupakan satu tanda sokongan syarikat supaya kakitangan dapat memberi susu ibu kepada anak-anak mereka dan tidak terlalu bergantung kepada susu formula.

"Kewujudan bilik ini juga adalah satu tanda penghargaan pihak syarikat terhadap kakitangannya yang sanggup bekerja di sini.

"Walaupun kaum ibu di syarikat ini hanya 20 peratus tetapi syarikat tetap mengambil inisiatif bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti penyusuan," katanya.

Sementara itu, Nor Kamariah berkata, usaha ATSB menyediakan bilik penyusuan itu patut dicontohi oleh syarikat-syarikat lain bagi menggalakkan lagi wanita berkerjaya memberikan anak mereka susu ibu.

Ini kerana, ujarnya, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak dan tiada susu lain yang dapat menandinginya.



No comments:

Post a Comment