" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".


Dec 9, 2009

simpan stok

ini adalah cara bagaimana saya menguruskan stok susu setiap hari...


balik jer dari ofis setiap hari....saya akan simpan semua susu ke dalam fridge.....ini utk memastikan susu berada pada suhu yang sama sebelum proses membahagi/mencampur susu dilakukan jika saya tak dapat 4 oz bagi setiap botol...

btw...gambar ni 2 hari nyer hasil....semalam saya tak transfer ke freezer sebab penat sangat....saya suka buat hari2 sebab klu lama...nnt banyak lemak yg melekat kat botol....rugi oooo.....lemak tu lah yg terbaik utk anak...;)

dah selesai letak 4 oz each ke dalam botol...kita transfer kedalam liner plak....jgn lupa selitkan ice pack masa proses ni yer......bagi mengelakkan terjadi nya perubahan suhu yg jauh berbeza...klu perubahan suhu berlaku dengan mendadak.....bnyklah zat2 dalam susu akan hilang...

bila susu dah beku....transfer ke dalam bekas menyimpan pulak dan tutup...ini adalah untuk memastikan suhu kat dalam tu tak lah asik berubah jer semasa peti sejuk di buka dan di tutup....terutama nya pada yg selalu bukak dan tutup pintu peti sejuk dengan kerap...



No comments:

Post a Comment