" Penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat. Sebelum sempat anda menyedarinya, bayi anda sudah pun membesar dan perhubungan anda dengannya telah melalui satu dimensi baru.

Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya dan apabila bayi melangkah ke peringkat berikut dalam kehidupannya, anda akan terkenang kembali dan bersyukur kerana anda sudah memberinya yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya".


Dec 25, 2009

pertelingkahan...;)

makcik A : anak susu badan ke kaklong?

saya : *smile* aa'aah susu badan

makcik A : cucu acik pun nyusu badan....peti ais tu penuh dah dengan susu haa.....siap pesan ngan budak2 ni jangan diorang pulak yang ambik nnt....

makcik B : ni pun sama lah ni....peti ais kat umah dia tu dah sebelah penuh ngan susu....




hahahha....tiba2 jadik tmpt berlawan plak sape lagi terer....dulu tayangbercerita anak belaja kat mana...skang anak sape yg back tu nature....susu badan lah tu...;)

btw....i like it so much!....yer lah lahir di zaman susu formula mengambil alih tempat susu ibu w/pun mak tak bekerja.....tapi bila tiba mereka menimang cucu....mereka menyokong.....thats good enough...;)


ps: makcik B is my mom!

pps: ada kenduri kawen kat umah...so...adelah majlis berkumpul beramah mesra...


No comments:

Post a Comment